Showing posts with label cookfood. Show all posts
Showing posts with label cookfood. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Nugget Ayam Taufu

Homemade Nugget, yeahooo, project done!
Heheh, Ingin mencuba? Ni saya copy paste resepi from original website kepunyaan Jintan Manis
Ikut step by step pasti berjaya =)
 
Saya buat half adunan, dpt la 20-30 ketul, lepas tu testing simpan dlm peti sejuk, pun ok
Ikutkan mmg mudah utk beli dikedai, tapi buat sendiri lebih terjamin kebersihan dan kualiti makanan sbb daging ayam yang digunakan tanpa kulit and part-part yang tidak diingini, hihi
 
Ni gambar utk step 1 & 2
 
Step 3 & 4
 
Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku.
Selamat Mencuba.
 
 
 

Friday, May 3, 2013

Salam Semua, Salam Jumaat, Salam May, Salam Jamadil Akhir, dan akhir skali Salam 1 Malaysia, hehe.. Maaf, maaf lama sangat tak update blog, nearly 2 months ekk, smp font type pun dh lupa, weng!!
 
Actually byk entries and events yg nak diupdate, tapi saya memberi laluan pada mereka2 yang ingin membuat courseworks, (alasan, boleh tak diterima? hehe)
Anyway, lupakan semua tu, mari layan gambar makan dulu =)
 
Hari ni, mencoba resipi Dr. Fadra Hassan, Ayam Rajasthani!
Okay mari baca macam mana cara nak buat nya, sy copy paste je trus from owner


Resepi dan Cara-Cara
 
1. Ayam tu perap dg kunyit+garam+jmanis+jputih+coriander+gula
2. Goreng lembap ayam tu (3-5mins).
3. Then,angkat. set aside. hiris bbesar (dlm 4 labu for 2 baby chicken).
4. Goreng pulak bawang tu dlm bekas minyak goreng ayam sampai layu dan hangit
(mcm buat bwg goreng tuu)
5. Dah tu, masukkan balik ayam separuh masak tu, dg kismis (1 cawan). cover kuali.
 biaq ayam tu masak slow2. kalau baby chicken 2omins dah empuk
6. Last sekali tabuq cabai Melaka
 
Selamat Mencuba uols!
Ni saya sertakan sekali En.Rajasthani selaku butter rice to complement the cuisine.
 
 
 
 


Wednesday, March 13, 2013

Nasi Daun Limau Purut


Honestly, before this tak pernah tau kewujudan nasi nih, hihi. Sesuai dgn niat untuk memaksimumkan penggunaan daun limau purut yang susah payah dipos dari Malaysia, google punya google dptlah ke entry ini.. So, silalah visit this link Masam Manis: Nasi Daun Limau Purut for further details yeh, and I paste here the recipe for easy reference and even the deco smua pun copy jgk, ngeh ngeh, tak sesuai betullah , hihihi, cuma takdela selawa and secanggih original author.
 
 
Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak and cara membuat pun tak rumit, Insyaallah semua boleh mencuba =), sangat wangi and menghijaukan pandangan, haha
Saya ikut semua resepi dibawah cuma replace stock ayam dengan Vegetable Cube (stock sayur) sbb taknak taste lebih kurang sama dengan nasi ayam. Lagipun veg cube ni akan jadikan nasi sedikit kehijauan because of the tekstur ingredientsnya (but, still letak pewarna hijau tau!)
 
Untuk lauknya pula, boleh match dgn macam-macam resepi ikut lah taste masing-masing yer, utk gambar di atas ni, sy buat Ayam Sos Siam (pun, ikut sebjik seperti di website di atas, hehe) - tapi utk kawan-kawan yang dpt mencuba nasi nih, sy masakkn lauk ayam masak merah je. Ok, Selamat Mencuba semua =)
 
 
 
NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
 
Bahan-Bahan
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
 
Cara-Cara
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.

 
 

Sunday, February 24, 2013

Kari Daging Uxbridge


Following kisah parcel in previous entry, setelah mother in law bersusah payah mengirimkan daun kari and daun limau purut nun jauh dari Malaysia, maka resipi untuk minggu ini haruslah menggunakan bahan-bahan tersebut agar ianya dihargai sebaik mungkin, hehe
 
Sambal belacan tu pula buat setelah seorang rakan disini bermurah hati memberi sedikit belacan milik beliau, thanks fizah!
(^_^)
 
Selain dari kari daging, daging goreng, masak kicap, sup daging, aper lagi yeh resipi korang yang sedap-sedap? Sudi-sudilah share yeh, TQ!!

Tuesday, February 12, 2013

Muffin Madness

Salam readers,
Second trial using my mini cupcake maker.. this time I'm trying plain basic muffin - again experimental with the simplest recipe in the world!
Hahaha, begitula... baru mencuba with this new tool, so harus guna resipi yang plg mudah dan ekonomi dengan erti kata lain agar pembaziran tidak berlaku jika tidak menjadi!! hihih
 
I called it PLAIN cause there are no other flavour inside, no mashed banana or grated apple and even no chocolate chip added!!
Very easy and tasty, ends up with 28 pieces (4 times bake x 7 pieces in every cook), wuhuuu!
 Will enhance it time to time, so wait till my next post okay =)
 
 
Emm..the presentation not really into a muffin, hahaha. It should looks like a volcano and bursting out a crack on the top, isn't it? Well, still oven is the best solution I guess =)
Just for having fun, why not giving a try?
 
Ingredients
1 egg
120ml milk
4 tablespoons vegetable oil
200g plain flour
(equivalent with 14 tablespoons or 1 cup)
100g caster sugar
(equivalent with 6.5 tablespoons)
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
 
Preparation

Thursday, January 3, 2013

Winter Warming

 
Alhamdulillah, selesai membuat jamuan kecil-kecilan di 'rumah' yang limited size itu. Ala kadar saja, intention adalah utk bg 'road tour' ke Isambard Studio Flat and ramah mesra before kembali ke kelas and bermula new term.
 
Menu minum petang yang simple seperti bihun goreng, fusilli with tuna, masalla grill chicken wings, pavlova (again, seronok plak buat benda alah ni, hikss), sedikit lemon cupcake (try buat sendiri guna instant flour, xdpt byk hasilnya), agar-agar buah peach and bubur jagung.
 
Malam pula unexpected (ingat nk buat ptg je), tp alang2 extend je la, so sempat buat nasi goreng, fusilli with tuna (yes, again, stock ni mmg byk kt cabinet, hehe), berlaukkan sedikit grill chicken (tak sempat nak defrost more chickens) and egg waffles.
*sedikit gambar yg sempat disnap*
 
 
 

 
Terima kasih yang sudi hadir untuk mkn2 yang tak seberapa ini, semoga diberkatiNYA
 

Wednesday, December 12, 2012

Pavlova Dealova

 
Nyum, nyum!
Semua orang tgh hot dengan durian crepe, tapi saya baru nak mencuba Pavlova!
 
Fruity Pavlova ni, origin dessert from Australia/New Zealand but this one made in UK! Hehe, time winter lak tu which is Pavlova usually dimakan time summer, sbb sedap makan sejuk-sejuk.
 Saya jumpa di JintanManis tapi memandangkan owner juga mengambil resipi dari tempat lain, so saya letakkn original source kat sini jugak.
Paste her recipe here, and my comments in purple:

Bahan-Bahan (4 orang)
4 biji telur ( ambil putih sahaja)
1 cup gula kastor (saya buat 1/2 cawan untuk reduce the sweetness) 
1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh
2 sudu besar tepung jagung
1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna) (choose for lemon juice) 
buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa. (kiwi & grapes)
            
Topping   
(saya skip this one, am using instant whipping cream, hehe) 
1 cup whipping cream (boleh didapati di pasaraya)
1 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 teaspoon vanilla
#boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampai ringan.             

Cara-Cara
Pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati. (silalah gunakan mixer, in my case, tak sempat lg beli mixer kat sini, tp dh nak sgt buat, last-last husband yang tolong pukul smp ringan mcm kapas! Credit to him for this pavlova)
 
putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh. (refer gambar kat bawah, walaupun pukul manual by hand, berjaya demo putih telur tak terbalik)
 
kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap. (saya guna lemon juice jer)
 
masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa anda. (saya guna oval glass bowl, take note, klu nak pavlova tinggi, guna bekas kecik sket, and meringue ni bila dibakar akan naik gebu)
 
bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven (saya punya retak agak banyak, mungkin terlalu panas tapi masih tak menjejaskn overall taste, -agaknyala- , hehe)
 
untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental. (guna instant cream, if takde, sila buat ikut arahan topping diatas)
 
guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya.
 
sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda...
** selamat mencuba**
 
 (from raw egg white)
 
(till like this!! Proud hubby show off his 'manual' effort, haha)
 

 (half of the whole pavlova - isi dalam meringue selembut kapas and melting in mouth)

 

 (Mostly esen vanilla disini ada campuran alcohol, this one beli di Asda, and lepastu jumpa brand lain di butcher halal nearby)
 
(Instant whipping cream, murah je beli kat Tesco, boleh tahan lama - tak pasti sama ada available di Tesco Malaysia)
 



British Scones with Strawberry Jam and Clotted Cream


 
British la sangat ...
 
s.c.o.n.e - traditional british tea treat
dah kata tradition, makanya belajar la buat, lagipun level kat buku tu kata "easy"
 
yes, easy mmg easy tapi hasilnya belum tentu that easy, haha! Tangan ni mmg susah untuk berpastry bagai. Dalam sehari ni dua kali membuat dough utk scones from two recipes, one using buttermilk and another using an egg.
 
Hasilnya .. satu kulit dough menjadi terlalu keras(buttermilk scone) and satu lagi terlalu rapuh(egg scone)
 
Compare keduanya, better la yg rapuh tu, masih lagi boleh diterima, huh!
But not to blame buttermilk overall, dah kalau tak ikut sukatan yang betul, how u expect nak menjadi 100% perfect kan?
 
Seriously, I need a cooking weighing scale to get my soft & fluffy scones!!! Soonest!


(buttermilk scones - overbaked sbb nak dapatkan golden sebijik dalam gambar!)


Tuesday, December 4, 2012

Nasi Lemak 2.0

 
I.K.A.N B.I.L.I.S
Ya, ikan bilis adalah salah satu makanan kering dalam list WAJIB bawak ke UK yaaa. Tak tau lah kat tempat lain ada atau tidak, tapi kat area kami ni mmg tak jumpa lagi, I mean ikan bilis yang sudah dikeringkan .. betul mmg ada jual di kedai-kedai halal tapi itu adalah ikan bilis mentah yang telah disejuk-bekukan. Pernah beli sekali, serik! Lepas dah defrost, kena siang2 ikan tu yang masih berdarah (a bit) and berbauuu ... Taste pun kurang..tapi itu takpe lagi, masalahnya, ikan-ikan tu lepas dh siang, kecil dah nak hancur, bila goreng, emmm, taktau jadi apa, hihi.

(frozen anchovies)

Tapi orang kata itulah pengalaman kan =)

Masa mula-mula sampai, mak-mak bekalkan ikan bilis yang dah dimasak nih, tiga bekas skali, you all, hehe, different version. Two from my mom and another one from his mother. Sedap!! Awal-awal tak membeli lauk lagi, mmg pulun yang tu je, heh, boleh dapat gout ini macam!

And last week, dapat bekalan sket dr Malaysia from husband's granny thru cousin's fiancee, terima kasih nek! Trus buat nasi lemak sket and kenalah berjimat cermat lepas nih =)

 
 


Monday, December 3, 2012

Macaroni Gratin (Penne)

 
 
Again, resipi diambil dari Bukan Sekadar Masakan. Thanks to Ros  Jintan Manis kerana sediakan step by step for beginner like me =)
Saya paste kan bahan-bahan dan cara membuatnya di sini ya
 
Makaroni Guratan@Gratin ( penne)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .com
 
Bahan-bahannya
Untuk White Souce
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)
1/2 cawan air
lada sulah
garam
 
Untuk Isi Guratan
1 piring kecil ayam goreng
1/2 pokok brokoli yang siap dicelur
1/4 batang carrot yang dihiris nipis dan dicelur
2 cawan makaroni penne yang siap direbus ( nak guna macaroni bentuk lain pun boleh, masa rebus makaroni ikut arahan pada paket ya)
sedikit parmesan cheese
sedikit hirisan kentang ( kentang ni tak perlu celur, kupas kulit luarnye dan hiris nipis je)
 
Untuk Taburan
dried pasley
sedikit mozarela cheese

 
Cara-caranya
1. Mula-mula, buat white sauce- menggunakan periuk kecil, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan masaka hingga agak pekat, baru masukkan lada sulah, sedikit parutan pamersan cheese, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air dan kacau sebati.

2. Satukan macaroni penne yang siap direbus dengan 1 sudu besar olive oil, garam dan sedikit lada sulah, gaul sebati, ambil bekas guratan sapukan keliling bekas atau acuan guratan tadi dengan butter, kemudian susun kan kentang di bawahnya.
3. Kemudian letakkan macaroni penne di atas lepisan kentang tadi.
4. taburkan atas macaroni dengan hirisan ayam goreng, brokoli dan hirisan carrot yang telah dicelur.
5. Curahkan white souce di atas bahan-bahan tadi.
6. Pastikan white souce menutupi keseluruhan isi gurantan.
7. taburkan dengan mozarela cheese.
8. akhir sekali topping pula dengan dried pasley.
9. Bakar pada suhu 180 ke 190 darjah selama 40 ke 50 minit ataupun sehingga permukaan guratan perang, Angkat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
 
My comments
Tepung boleh kurangkan lagi sket kalau taknak terlampau pekat, tp saya ikut seperti petua Ros, tambah air lagi.
Disebabkan tak ada Parmesan Cheese, saya just guna Mozzarela Cheese utk campuran white sauce and topping.
Macaroni and sauce mcm ada campuran serbuk hitam (tgk gambar kt bawah ni) sbb I'm using black pepper instead of white pepper
Lain-lain ikut sama mcm resepi di atas but next time untuk inti boleh campurkn mcm2 lagi bahan mcm tuna, ayam/daging hancur or turkey salami for the topping mcm pizza!
Hasil physically takla serupa mcm owner, of course lah, tangan yg buat lain2, hihi
 



 
 

Thursday, November 22, 2012

Karipap Karipap Cinta

Pheww, tajuk tak ingat - inilah karipap pertamaku di UK, opss, to be exact, sebenarnya seumur hidupku, hahaha! Cess..memalukan, umur dah berapa, baru sekarang terhegeh-hegeh nak belajar buat segala jenis benda. Mintak resepi banyak kali dah pada emak2 sekalian, buatnya tak jugak. Selalu tgk je diorang buat, kdg2 tolong kelim karipap utk mak jual. Pernah jugak belajar bersama2 dgn mother in law buat karipap pusing. Tapi tak pernah praktik kan pun. Sangat-sangat sadis okay..
 
Terima kasih pada website Bukan Sekadar Masakan - gambar-gambar masakan yang diambil telah mempengaruhi minat untuk mencuba pebagai resepi di situ. Kecur air liur beb bila tengok, walhal kat Malaysia pun takdela minat sangat pada smua tuh. Bila dah berada di negara orang, baru timbul nak try itu ini. Mari kita try yang simple2 je dulu as a beginner.
 
Ikutkan ada banyaaakkk resepi yang menarik dalam tuh, kalau korang tengok, confirm mesti rasa nak cuba punya! Fyi, karipap halal ada dijual kat dalam University, lamb/chicken curry puff, dijual dengan harga £1.20 each.
 
Jadi ini dia..mempersembahkan....karipap inti kentang!!
Terharu, sob, sob, resepi from Ros - Jintan Manis

 

Thursday, November 15, 2012

Home Made Mini Subway

Craving for Spicy Italian Halal Subway?
Hehe, buat sendirilah, yakin dan suci murni hendaknya..
 
Tak banyak pun bahan yang perlu, first of all, you probably need these, chicken slice and beef salami. Bread roll and sauce.

 
Add a lettuce, cucumber, capsicum, tomato (I should buy the bigger one) and red onion for the salad.
 

Taraaaa, lets subway for the dinner tonight!
 
 

Tuesday, November 13, 2012

Tricolor Fusilli with Tuna in Olive Oil



Untungnya bila ada simpan stock dry pasta mcm ni, whenever you're in emergency tak boleh keluar utk beli barang & have to bring something to that adhoc event, ini boleh jadi penyelamat! Tapi overall I don't really like fusilli pasta type yg size besar mcm ni, cepat muak klu mkn byk2.. Upload the recipe upon request from a dear friend, sorry lambat kasi!

Ingredients:
Virgin Olive Oil
 
A
Chili Flakes
Dried Oregano
Sea Salt
Freshly Ground Black Pepper
Chopped Garlic (If u can smoked it, thats better - I tried to smoke in my oven, but too slow till I get bored)
 
B
200g Tinned Tuna (I prefer the one in sunflower oil not in the tomato souce)
Bolognese Original & Extra Mushroom Sauce
Tricolor Fusilli Pasta
 
C
Chopped Sweet Tomatoes Cheery
Chopped Capsicum
 
**Original recipe (I didn't put that) :
Black Olives
Flat-Leaf Parsley
Fillets, chopped
 
Instructions:
 Heat the olive oils in a pan - Saute all the A's ingredients over a low heat
Mash with the tuna (I added a sausage - spatutnya ni smua seafood saja)
Put the sauces (first try tak guna extra mushroom - taste kureng, second time campur baru okay)
Stir and cook before add in the pasta
Lastly, add all the C's ingredients and well mixed!
 
** Rebus dulu pasta tu before start masak**