Friday, June 14, 2013

Day 1 | Belgian Chocolate Factory

Belgian Chocolate menjadi satu-satunya bukti yang kami telah sampai di Belgium!! Haha! Itupun Alhamdullilah masa mengizinkan kami untuk singgah sebentar. Fyi, itinerary dan every pit stops telah dinyatakan di dalam pakej jadi kita dah boleh standby sesiap perancangan apa yang ingin dibeli dan anggaran budget yang diperlukan sepanjang perjalanan. Kami telah diberi pesanan agar membeli Belgium souvenirs disini kerana coach tidak akan berhenti ditempat lain lagi.
 
Berbagai aneka bentuk, jenis dan perasa chocolate boleh didapati disitu dengan pelbagai range price. Tetapi tidak seperti di UK, tiada label 'Suitable for Vegetarian" di bungkusan chocolate, saya lihat ramai pengunjung (Malaysian) tercari-cari chocolate without alcohol or non animal fat. Untuk selamat, anda boleh boleh membeli, Insyaallah, chocolate yang mengandungi bahan derived from vegetarian fat selain dari non alcohol, dan mostly chocolate disitu memang dihasilkan menggunakan vegetarian fat.
 



 
Memandangkan trip ini baru hari pertama, rata-rata tidak memborong chocolate dgn byk, wah, 16 hari lagi tu nak balik (itupun ramai lagi yang extend cuti sambung jalan2), mcm mana nak ensure chocolate bertahan lama dan tidak mencair! Tapi kenala beli jgk sket kan sebagai significant dah sampai kat sini, hehe. Jadi, saya memilih membeli chocolate yang berada didalam kontena nya tersendiri, (bukan dalam bentuk bar besar atau bercampur didalam satu bungkusan), so atleast klu choc cair pun, ianya masih dlm keadaan asal. Itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan disini, chewahh, hehe.
 
Alhamdulillah chocolates Belgian kami masih dalam keadaan elok didalam kotak, mudah-mudahan selamat sampai ke Malaysia nanti! Saya tidak menyimpan chocolate di dalam fridge , cukup pada suhu bilik disini shj (sbb masih sejuk pun kat luar), lagipun bila chocolate dikeluarkan dari fridge, perbezaan suhu yang ketara akan menjejaskan label dan kotak chocolate menjadi lembab, Itu pendapat saya lah
 
 
Oh ya, sedikit trivia mengenai sejarah Belgian Choicolate, Belgium sangat dikenali sebagai pembuat best chocolates in the world! Seawal tahun 1635, sejarah awal pembuatan chocolate telah dikesan di Belgium dan reputasi mereka meningkat pada tahun 1912 kerana mencipta praline. Setiap tahun lebih dari 172,000 tons chocolates dihasilkan di Belgium dan terdapat lebih dari 2000 kedai chocolate disekitar sempadan Belgium sahaja! Tiga jenis chocolate yang paling biasa diperolehi ialah Dark, Milk and White varieties.
Walaupun sekarang terdapat banyak persaingan chocolate dari seluruh Negara tetapi Belgium remains amongst the best in the world!




0 comments: