Tuesday, October 30, 2012

Deru Angin Sejuk Cowley!

 
Alhamdullilah, syukur syukur syukur, terima kasih Ya Allah kerana menggerakkn hatiku untuk bertemu dgn page yg sgt indah ini dikala ku mencari-cari sesuatu utk makanan hati... Actually slalu ternampak iluvislam.com ni di facebook rakan2 tetapi belum pernah officialy berkunjung ke laman tersebut. Aperpun masih belum terlambat rasanya. Lagipun saya baru shj berkecimpung secara separa aktif (buat masa ini) di laman muka buku itu. Semoa artikel disana memberi peringatan & ketenangan kepada kita semua..mudah-mudahan.
 
 
 
Dan sekadar berkongsi salah satu artikel untuk bacaan semua:
 


Setiap kali kita merasai deru angin..sejuk atau berbahang..adakah kita dapat mengingati bahawa adanya malaikat yang menggerakkan angin dengan izin Allah Swt? Siapakah namanye ye? Atau kita hanya yakin ia akibat tekanan rendah dan tekanan tinggi?

Setiap kali kita menjamu selera. Adakah kita teringatkan adanya malaikat pembawa rezeki? Siapa namanya ye? Atau kita angkuh dan bongkak.."ini semua hasil usahaku sendiri"..atau kita mencela makanan yg tidak disukai nafsu kita?

Setiap kali kita menerima hujan dan melihat awan komulusnimbus..adakah kita dapat ingat bahawa adanya malaikat pembawa hujan dan yang menggerakkan awan dgn izin Allah Swt? Siapa namanye ye? Atau kita ingat sejatan dan gumpalan air itu terjadi sendiri? Atau jangan jangan kita mencela mengeluh bahkan melaknat "aahhh spoil betul hujan pulak...rosak program..."...sahabat..hujan itu rahmat dan waktu mustajab berdoa...semoga kita berhenti mencela apabila hujan..

Setiap kali kita menaip status di fb ini. Adakah kita dapat ingat adanya malaikat yang mencatit segalanya sebagai amalan kita...mereka x pernah tidur atau terskip mencatitnya. Siapa nama mereka ye? Bahkan ada yang Maha Mengetahui yang tahu apa dlm isi hati niat kita.. Atau kita fikir..."aaahhh...ini wall aku...bukan korang punya nak kawal-kawal...aku punya suka lah"...sahabat..wall kita ke? Lepas kita mati kita ada kuasa tukar status status fb kita?..

Malaikatil Muqarrabin. Yer...Malaikat itu ada dalam rukun iman. IMAN kita sihat? Sains itu sunnatullah yang berkadaran pada suatu penetapan yang lazim. Kudratullah mengatasi segalanya.

Surah Qaf surah ke 50, ayat 18:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).


Monday, October 29, 2012

Sila Betulkan Jam Anda

Hello, hello.., entry ni actually lambat released... By right, waktu disini sudah officially  bertukar from BST(summer) to GMT(winter) at 2.00am yesterday (Sunday). That's mean... kita (with Malaysia) sudah berbeza for 8 hours! 


Siang sudah semakin pendek, at 5pm, completely gelap seperti malam, waktu solat semakin pantas...
 
mood ketika ini: kesiannya kat husband..it's just 5pm++, and he still having class till 7pm! Don't worry honey, your spicy marinated drumstick will be ready in time, hihi, incase he read my post during his way back home =)


Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha 1433H

Salam Aidiladha dari kami berdua untuk semua!! Maaf zahir dan batin.
 
Selamat makan ketupat/nasi impit/kuah kacang/rendang/soto/lemang/sup tulang or whatever your own family-tradition-fav foods sambil menghayati this beautiful song by Najwa Latif :)

 

AdaMu
 
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
 
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
 
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
 
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
 
Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


p/s: pose raya kat sini takde lagi, tunggu hari ahad...hihi
 
Persiapan raya esok.. semua instant jer , janji ada suasana raya =)

Percubaan membuat nasi himpit manual!! Mintak-mintak menjadi la esok bila dipotong - contigency plan if not working, nona ketupat instant dah ready jugak, byeee! Miss my family so much! Huhu, ni mesti mak smua tgh busy memasak..
 
 

Thursday, October 25, 2012

Kemuliaan Hari Arafah

ARKIB : 19/10/2012

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121019/ba_05/Kemuliaan-hari-Arafah#ixzz2AJ5g1Pnc
© Utusan Melayu (M) Bhd
PADANG Arafah dinamakan demikian kerana menurut sebahagian ulama, Nabi Adam AS dipertemukan kembali ('arafa) dengan Siti Hawa setelah kedua-duanya diturunkan dari Syurga. Sebahagian pendapat menyatakan perpisahan mereka selama lebih kurang 200 tahun. Mereka berdua bertemu kembali di Padang Arafah.
Lokasi Arafah terletak di sebelah tenggara Masjidil Haram sejauh 22 kilometer (km) dan ia dianggap sebagai kawasan Tanah Haram.
Jemaah haji hendaklah wukuf (berada) di Arafah pada 9 Zulhijjah, kerana jika tidak maka hajinya tidak sah. Kerana ia adalah rukun haji.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Haji adalah (wukuf) di Arafah." Ketika berada di Arafah pada 9 Zulhijjah hendaknya jemaah memperbanyak doa, berzikir, membaca al-Quran, talbiah dan lain-lainnya.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
Ibadah wukuf di Arafah adalah "kemuncak" ibadah haji. Semasa wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT. Ini saat seseorang hamba kembali kepada Penciptanya untuk mendapat keampunan dan keredaan-Nya. Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.

Ada riwayat menyatakan, kehadiran para malaikat dan Allah SWT turun ke langit serendahnya menyaksikan para jemaah yang wukuf di Padang Arafah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi kepada para malaikat-Nya bermaksud: "Lihatlah kepada orang-orang yang menziarahi rumah-Ku, sesungguhnya mereka telah mengunjungi-Ku, hingga kusut masai keadaannya dan penuh debu." (riwayat al-Hakim bersumber daripada Abu Hurairah).
Sungguh mereka berlaku ikhlas dalam melaksanakan ibadah haji, kerana itu mereka berhak mendapat limpahan kurniaan dan selayaknya Aku memberi mereka sebaik-baik pahala atas jerih payah serta sambutan atas panggilan-Ku.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud bahawa mengerjakan haji adalah satu jihad, jihad ertinya perjuangan. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai ibadah haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita bahawa mengerjakan haji itu adalah yang bermaksud : "Kusut masai dan penuh debu." Digambarkan keadaan yang sedemikian kerana orang yang mengerjakan haji berlumba-lumba bersaing untuk mendapatkan keampunan Allah dan rahmat-Nya, ganjaran besar (syurga) yang penuh dengan kenikmatan dan kesenangan yang tidak terlintas di hati dan tergambar dalam pemikiran manusia.

Di Padang Arafah, di mana satu-satunya lokasi yang paling mustajab doa kita. Kerana di situ Allah SWT turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: "Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku." (riwayat Imam Ahmad).

Tuesday, October 23, 2012

Dear Blog

Dear Blog,

It has been a month here - di bumi UK ini.
Alhamdulilah, setakat ini segala urusan dipermudahkan. Emak2 smua takpayahlah risau lagi :) InsyaAllah segala keperluan dr segi makanan ke persekitaran ke , baik2 sahaja cuma cuaca semakin sejuk. Nak telefon, video call ke smua pun senang shj skrang dgn kemudahan yg semakin canggih ni..Terasa seperti kita berdekatan, cuma jasad dipisahkan oleh lautan yg luas itu.

Doakan agar kami sentiasa dilindungiNYA disini dan dimana jua. Dipermudahkn urusan, dimakbulkan impian dan harapan, tercapai segala tujuan dan matlamat dan selamat dunia akhirat, Amin!

Love,
Is & Salina

Top Ten Tuesday


I took this weekly topic from other site which I found interesting to list down what I've in my mind too. I will start with a Favourite Movie ^_^ for opening this week.
 
As they said, some of it inspired us to be a better person, some we just admired for their courage and strength, and some just made us laugh - bring us to our childhood's memory =)
 
 
Top Ten All Time Favourite Movie
 
 

1. Lion King from Walt Disney Pictures  - Proud father, Mufasa on Simba's birth day.
2. Finding Nemo from Walt Disney Pictures - Still in genre father-son storyline ideas. If not mistaken, it was amongst the high-grossing film at that time. Watch this movie with my sister, sittin' in the front row-even sakit tengkuk tp ttp best!! hehe
 
3. Ocean Waves from Studio Ghibli - A Japanese animated drama about love triangle between two good friends and a girl in their high school.
 
 
4. Only Yesterday from Studio Ghibli - Same, Japanese animated movie - a suprise box office success! Film about a 27 yrs old girl got a recall of her nostalgic childhood memories during her trip.
 

5. Little Miss Sunshine - A family team film
 
6. Gone with the Wind - Historical epic film, dah terlalu lama, watch the movie with my sister using our black & white Television =)
 
7. Johnny English starring Rowan Atkinson & Natalie Imbruglia - Haha, did I tell u that I love Mr.Bean's comedy so much? Just for laugh ^_^
 
8. Crossroads starring Britney Spear - Try to find the truth about ourself & friendship all about
 
9.Devdas - Suka tgk Aishwarya Rai, She's sooo pretty in this movie.


10. Lastttt, Titanic ^_^










Monday, October 22, 2012

No more Monday bluesss



Yes, since I've been unemployed, who cares about the Monday blues anymore? Hihi, well, tell u what, getting jobless was more terrible than the Monday blues, believe me..
Sebulan cukup untuk beristirehat, now its the time for job hunt or worse comes to worst find to do something (I've one in my mind already)..wish me luck!!

Erk, I should blog this early morning right?

Its already 6.20pm - dah masuk maghrib pun 5.54 tadi..Arini berbuka dgn sup ayam, siap dgn cili potong lagi..Slurppee..Alhamdullilahh..Terima kasih tuhan utk hidangan yg sungguh lazat ni (kat sini smua benda pun jd sedap, mana tak naik kg+++)

Tgkla, sup ayam yg seperti sardine dlm tin-padat, medium size periuk tak beli lg, yg ada small one and besar yg terlebih besar plak..

And first fire alarm berbunyi kat Hall kami ni sepanjang sbulan disini..Aishhh, masa tu baru je balik bilik dr medical centre..around 4.30pm. Alarm detected smoke from burning microwave katanya...


Tuu,,,bilik kami di tingkat atas skali
 

 


Special Entry : Belasungkawa

 
Assalammualaikum.
Seminggu sebelum kami fly, lebih kurang sebulan yang lalu, sedang berkira2 nak keluar utk last minutes shopping before balik kampung we received a shocking news. Well, its on Sunday morning, both of our phones were at downstairs while we're at the bedroom getting ready for out. Lepas husband dh siap trun bawah check phone, he get back to me.. "cuba check call logs ada lots of misscalled" -  from the different caller but comes from the same family contacts. Must be something urgent.
Then, I gave a return call to one of my little sister, here what she said , "Kak Fadhilah dah meninggal dunia!"..(hah, fadhilah mana ni, even though my mind already captured the message & mind-picture the said person - sbb susah nak percaya) - she's one of my close cousins during our childhood times! Arwah abah adik beradik dgn mak arwah ni.
 
Innalillahiwainnailaihirojiun..
 
She passed away with her unborn baby - just married last December 2011 & ready to give birth at any time..  Dia terpilih untuk kembali pada yg Esa bersama2 anak dalam kandungan..apa jugak sebab and puncanya, sudah dijanjikan begitu dan entah kenapa I felt dia sgt2 beruntung!
Dapat disembahyangkan di salah sebuah Masjid yg agak besar di Shah Alam bersama makmum yg amat ramai selepas waktu Isya' and guess what? Her dear father yg imamkn solat jenazah and read the talkin which is so touching for everybody bila ayahnya menyebut "Wahai Anakku" dlm talkin tersebut - bukannya kepada hamba seislam seperti biasanya...
 
Semasa hayatnya, for me , arwah sgt baik orangnya.. One big regret, I tak sempat utk berjumpa dgn dia semasa aidilfitri yg lepas..sbb timing tak sama utk balik kampung..Last berjumpa adalah semasa arwah kahwin.. And yg plg menyesal sabtu malam tu (ahad dia meninggal dunia), kami pergi berhari raya ke rumah makcik lg sorang at her house area jugak..mmg dah niat nak drop ke rumah dia skali tapi sbb dh agak lewat, abes dinner kat situ pun dah near 11pm..jauh disudut hati, mungkin sempat lg berjumpa sblum fly nanti.. mmg menyesal yg amat sgt..aperpun jadikanlah pengajaran di masa akan datang..jgn bertangguh utk menziarahi seseorang apabila sudah berniat atau terlintas di hati..kerana kita tidak akan pernah tahu adakah kita akan berjumpa lagi di duniawi ini..
 
Al Fatihah utk arwah Fadhilah dan takziah kepada seluruh keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dlm golongan org2 yang solehah, Amin!
 
kenangan semasa kecil, masa ni balik dr Melaka..


 On her wedding's day - Subhanallah, anak yg sempat dikeluarkan sgt comel dan suci bersih!
 

Tajuk Nasyid : Bila Waktu Telah Berakhir
Artis : Opick
Album : Istighfar

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Friday, October 19, 2012

Salam Jumaat

Posto, posto! Received another parcel yesterday ... dalam this week byk pulak dpt bungkusan, hehe. Tapi, parcel kali ni much more special - dari Malaysia!
 
To be specific, pengirim dari family senawang, Negeri Sembilan. Terima kasih emak & kak long, susah payah pos kan makanan utk kami disini. Barang2 tu actually  balance2 yang dikeluarkan masa exceed baggage during check in last month. Sampai jugak susu kambingku ke UK, hehe.
 
Then, tak sangka pulak mother-in-law (MIL) tambahkn lg macam2.. banyakkk, 10kilooo tuh...dah mcm masa first time dtg sini, ehehe.. Biasalah naluri seorang ibu, mesti sentiasa teringatkan anaknya, tambah2 bab makan kan.
 
Well, I'm thinking of diet plan (wah, entah boleh percaya ke tak), ramai sgt dh tegur chubby, so, let dear husband gain some weight!
 

Part of it, kt belakang2 tu ada lagi
 

Thursday, October 18, 2012

Day Out at South Kensington - Royal Garden & Palace

Just a short outing + lunch picnic idea at Kensington Palace Garden. About an hour from Uxbridge via Piccadilly Line straight to South Ken or via Metropilitan Line (transit at Raynes Lane). One of the great place to spend your day with three London's biggest museums (hey, its free!) , Kensington Palace (new home for Will & Kate after Lady D), Royal Park , Royal Albert Hall and High Street Kensington (for shopping, tp kami tak pergi pun).
 
Tak dapat nak cover smua tempat since keluar pun dh nak tgh hari, hihi
Jom layan gambar =)

Masa ni angin sgt kuat, habis senget benget tudungku..On the way ke palace, akan lalu garden dulu, cantik view kt situ, sesuai utk jalan2 - breath taking

Daun dh start nak orange


Before lunch, main kejar2 dulu dgn burung, haha! Ada pond opposite palace


Jalan2 sekitar palace



Dapat masuk smp lobby sahaja, sbb tak beli ticket.. and singgah ke souveniar shop. Ala, tau lah kat palace, symbol rest room pun siap pakai crown, so cute!
Gambar di bawah: I'm the King & Queen, hoho!



 
 
 

Day Out at South Kensington - Royal Albert Hall

Ohhhh!! Inilah Royal Albert Hall yg famous tu! Hehe, old historical building, tapi banggaaaanya Malaysian yg perform kt sini kan, ramai audience boleh masuk ni =)
 
Kami just passing by je...bergambar, and say cheese!
 
 



Day Out at South Kensington - Science Museum

The Science Museum, one of the favourite museum as it have glimpse of britain history especially their manufacturing's origin - innovation - and the future.
 
Kat sini boleh tgk historical industries object that we've read in our Form 4 Text Book - Sejarah Peradaban Dunia, cheewah!
 




Snapshot with Miss England, hmmm... 



 

Day Out at South Kensington - Natural History Museum

Entrance museum ni ala2 mcm dlm movie - Night At the Museum, hehe. Building punyala besar, tp mcm more to memorial of Darwin'sTheory je, emmmm.
 
Discover lots of fossil like dinosaurs (you want to see face to face T.rex, aren't you?), deep ocean livings, human biology, mammals, reptiles, minerals and many more!
 
Baru lepas hujan

 
Normal, rombongan sekolah harusss ke sini, hihih
 
Imagine T.rex become alive at night,  Whoaaa, laaari!
 
 Macam2 spesies fossil, layan je...

 


Area human evolution tu, mmg purposely malas nak captured.. level 1 full of Darwin's findings..