Friday, June 14, 2013

Day 1 | Belgian Chocolate Factory

Belgian Chocolate menjadi satu-satunya bukti yang kami telah sampai di Belgium!! Haha! Itupun Alhamdullilah masa mengizinkan kami untuk singgah sebentar. Fyi, itinerary dan every pit stops telah dinyatakan di dalam pakej jadi kita dah boleh standby sesiap perancangan apa yang ingin dibeli dan anggaran budget yang diperlukan sepanjang perjalanan. Kami telah diberi pesanan agar membeli Belgium souvenirs disini kerana coach tidak akan berhenti ditempat lain lagi.
 
Berbagai aneka bentuk, jenis dan perasa chocolate boleh didapati disitu dengan pelbagai range price. Tetapi tidak seperti di UK, tiada label 'Suitable for Vegetarian" di bungkusan chocolate, saya lihat ramai pengunjung (Malaysian) tercari-cari chocolate without alcohol or non animal fat. Untuk selamat, anda boleh boleh membeli, Insyaallah, chocolate yang mengandungi bahan derived from vegetarian fat selain dari non alcohol, dan mostly chocolate disitu memang dihasilkan menggunakan vegetarian fat.
 



 
Memandangkan trip ini baru hari pertama, rata-rata tidak memborong chocolate dgn byk, wah, 16 hari lagi tu nak balik (itupun ramai lagi yang extend cuti sambung jalan2), mcm mana nak ensure chocolate bertahan lama dan tidak mencair! Tapi kenala beli jgk sket kan sebagai significant dah sampai kat sini, hehe. Jadi, saya memilih membeli chocolate yang berada didalam kontena nya tersendiri, (bukan dalam bentuk bar besar atau bercampur didalam satu bungkusan), so atleast klu choc cair pun, ianya masih dlm keadaan asal. Itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsikan disini, chewahh, hehe.
 
Alhamdulillah chocolates Belgian kami masih dalam keadaan elok didalam kotak, mudah-mudahan selamat sampai ke Malaysia nanti! Saya tidak menyimpan chocolate di dalam fridge , cukup pada suhu bilik disini shj (sbb masih sejuk pun kat luar), lagipun bila chocolate dikeluarkan dari fridge, perbezaan suhu yang ketara akan menjejaskan label dan kotak chocolate menjadi lembab, Itu pendapat saya lah
 
 
Oh ya, sedikit trivia mengenai sejarah Belgian Choicolate, Belgium sangat dikenali sebagai pembuat best chocolates in the world! Seawal tahun 1635, sejarah awal pembuatan chocolate telah dikesan di Belgium dan reputasi mereka meningkat pada tahun 1912 kerana mencipta praline. Setiap tahun lebih dari 172,000 tons chocolates dihasilkan di Belgium dan terdapat lebih dari 2000 kedai chocolate disekitar sempadan Belgium sahaja! Tiga jenis chocolate yang paling biasa diperolehi ialah Dark, Milk and White varieties.
Walaupun sekarang terdapat banyak persaingan chocolate dari seluruh Negara tetapi Belgium remains amongst the best in the world!




Thursday, June 13, 2013

Day 1 | Eurotunnel Le Shuttle


 
The Channel Tunnel is the longest undersea tunnel in the world. The section under the sea is 38km long. The three tunnels, each 50km long, were bored at an average 40m below the sea bed, and link Folkestone in Kent to Coquelles in Pas-de-Calais.
 
Inilah serba sedikit info mengenai euro tunnel yang kami lalui untuk menyeberangi Terusan Inggeris. Setiap kenderaan haruslah check in terlebih dahulu dan kena menanti giliran untuk mendapat tempat didalam train yang akan digunakan sebagai shuttle melalui tunnel tersebut. Keadaan agak sesak ketika itu sebab di UK, Bank Holiday atau public holiday sudah bermula, jadi ramailah yang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti. Sama pulak yeh mcm musim cuti sekolah di Malaysia kan :)
Sementara menanti giliran, para peserta dibenarkan turun untuk toilet break, menukar mata wang dan yang sewaktu dengannya kerana disitu terdapat seperti R&R area dan Mini Market. Jadi bolehla sesiapa yang ingin membuat persiapan terakhir seperti membeli adapter dan sebagainya.
 
 
Kemahiran parking sangat2 diperlukan ketika ingin memasuki gerabak kerana lorongnya agak sempit dan bersaiz 'muat-muat' sahaja, haha, entah bahasa apa yg digunakan nih!
There you go!
 
Tak perlu risau, dalam ni semua orang dibenarkan keluar dan boleh berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. Kalau nak duduk atas bus saja pun boleh. Telinga agak berdesing akibat dari tekanan dibawah sana. Jika anda ingin pergi ke toilet anda perlu melalui keseluruh gerabak kerana toilet terletak dihujung sekali, dang! Tunggu je sampai ke next stop okay, hehe

Kelana Convoy | Day 1, London - Belgium - Holland

 
Hari pertama perjalanan 25/05/2014 dimulakan seawal 5.30 pagi bertolak dari Uxbridge menuju ke tempat berkumpul iaitu di Park Lane, London dengan menaiki kereta En.Fathullah bersama muatan kami yang masih 'single'. Haha, time nak pergi sleeping bag pun masih berada dlm luggage lagi. Half luggage okay, sleeping bag and winter coat ambik space :). Disebabkan hari minggu dan jalan masih lengang, kami antara peserta yang paling awal sampai disana. Oh ya, bukan kami berdua ja yang menaiki kereta Fath, tapi bersama tiga lagi peserta Kelana Convoy yang turut serta dalam espedisi ini (cheewah!) disebabkan mereka transit di Rumah Tamu London milik Fathullah.
 
Angin dan suhu sejuk yang hampir mencapai tahap beku dah bermula sejak 2,3 hari yang lepas walaupun ketika ini sepatutnya musim panas akan bermula. Kami telah diingatkan agar membawa baju sejuk bersama-sama kerana cuaca yang tidak menentu. Lega sangat rasanya bila dapat sampai di Park Lane sbb kami difahamkan bus tidak akan menunggu peserta yang lewat kerana mereka tidak mengamalkan 'janji melayu'! Opsss!!!
 
Trip KC kali ini adalah julung2 kalinya membawa peserta sebanyak tiga buah bus (selalunya 2 buah bus shj) dan jumlah peserta hampir mencecah 200 orang! Boleh bayangkan dengan muatan bag masing-masing dan bekalan makanan yang KC harus muatkan di dalam bus untuk sepanjang 16 hari perjalanan?
 
Tempat duduk sudah ditetapkan dan ianya bergantung pada rezeki anda, hehe. Kami tidak berpeluang untuk memiliki 'nice port' iaitu di tingkat atas untuk menikmati pemandangan tetapi tetap bersyukur kerana berada di sebelah kanan bus yang mana majority pemandangan menarik adalah disebelah itu! Jadi tidak usah gaduh2 ya, semua tempat KC dah tetapkan, redha aje lah hehehe.
 
 
 
Kami merentasi English Channel menerusi terowong khas yang dibina di bawah dasar laut dan masing-masing excited untuk melalui pengalaman tersebut! Yerla, tak dapat dibayangkan bagaimana ianya berfungsi kan, masa ni pelbagai speculation and theory keluar (hahaha, Nampak sgt first time and tak buat homework!). Saya akan membuat entry khas utk setiap pit stops untuk mengelakkn entry ini terlalu panjang.
 
Memasuki sempadan Negara France, kami disajikan dengan pemandangan menarik, kuning terbentang dikiri dan kanan jalan dipenuhi dengan bunga Cornola dimana ianya ditanam bertujuan untuk menghasikan minyak (seperti minyak Mazola jika di Malaysia). Bahang kecantikan alam semula jadi mula terasa dan keseronokan kembara sudah bermula!
 
(Cornola's image from Google)
 
Aktivity didalam bus dimulakan dengan sesi suaikenal para peserta dan diselang selikan dengan kuiz teka teki oleh coach leader kami iaitu En. Azizul dan dua crew pembantu yang sangat sporting dan kecoh iaitu Zul dan Mol, hehe.
 
Kemudian kami singgah sebentar di Kilang Chocolate Belgium sebagai destinasi pertama sebelum tiba di tapak perkhemahan Het Amsterdamse Bos, di Belanda akhirnya, Alhamdullilah...
 
Welcome to Netherlands!
 
Breakfast: Chocolate Chip Chinois
Lunch: Tuna Sandwich with Corn
Dinner: Rice Set from Bonda Restaurant
Pit Stops: Eurotunnel Le Shuttle & Belgium Chocolate Factory
Accommodation: Camping Het Amsterdamse Bos

I Miss You .... Blog!

Salam Semua
Wah, rindunya kat blog nih, kali ini saya berazam untuk menyiapkan travel log lebih awal dengan erti kata lain tidak diperap!! Sementara perasaan masih dibuai2 lagi dgn keseronokan angin eropah, elokla cepat2 diupdate disini kan, hehehe
 
Teringat lagi ketika di Switzerland, terdapat beribu Dandelion memenuhi padang rumput disana yang masih elok tidak ditiup angin, saya tersenyum tringat pada mu oh blog!!
 
Jadi alkisahnya, kami baru sahaja selesai misi penjelajahan 16 hari ke 8 buah Negara di benua Eropah bersama Kelana Convoy (KC). Trip ni sudah lama kami rancang sejak dari tahun lepas lagi. Kesempatan berada disini kami manfaatkan untuk mencari pengalaman dan melihat budaya di tempat orang dan sememangnya pilihan kami bersama KC amat tepat dan meninggalkan pelbagai kenangan disanubari.
 
Bermula dengan sedingin suhu mencengkam sehingga ke tulang sehingga ke seterik bahang mentari dihujung perjalanan, dan dari serendah-rendah Tanah di Netherland (Belanda) sehingga ke top of Europe di Banjaran Alps, syukur ke hadrat Ilahi dipermudahkan segala urusan dan selamat perjalanan. Syabas diucapkan kepada KC team diatas segala usaha dan penat lelah mereka melayan karenah kami, semoga jasa kalian diberkatiNYA!
 
 

Friday, May 24, 2013

Interval | Checklist Updated

1. Adapter - Checked ✓
 
2. Sleeping Bag - Checked ✓
 
3. Travel Pillow - Checked ✓
 
 4. Torchlight - Checked ✓
 
5. Slipper - Checked ✓

6. Travel Iron - Checked ✓
 
7. Wipes - Checked ✓
8. Travel Detergent - Checked ✓


9. First Aid - Checked

10. Pumps, ngeh!hehehe - Checked ✓

Nugget Ayam Taufu

Homemade Nugget, yeahooo, project done!
Heheh, Ingin mencuba? Ni saya copy paste resepi from original website kepunyaan Jintan Manis
Ikut step by step pasti berjaya =)
 
Saya buat half adunan, dpt la 20-30 ketul, lepas tu testing simpan dlm peti sejuk, pun ok
Ikutkan mmg mudah utk beli dikedai, tapi buat sendiri lebih terjamin kebersihan dan kualiti makanan sbb daging ayam yang digunakan tanpa kulit and part-part yang tidak diingini, hihi
 
Ni gambar utk step 1 & 2
 
Step 3 & 4
 
Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku.
Selamat Mencuba.
 
 
 

Sunday, May 12, 2013

Highlands | The Amazing of Glencoe - Part II

 
 
The Massacre Of Glencoe
by The Corries
 
(chorus)
Oh cruel is the snow that sweeps Glencoe
And covers the grave o' Donald
And cruel was the foe that raped Glencoe
And murdered the house o' MacDonald
(chorus)

They came through the blizzard, we offered them heat
A roof ower their heads, dry shoes for their feet
We wined them and dined them, they ate o' our meat
And slept in the house O' MacDonald

(chorus)

They came from Fort William with murder mind
The Campbell had orders, King William had signed
Pit all tae the sword, these words underlined
And leave none alive called MacDonald

(chorus)

They came in the night when the men were asleep
That band of Argyles, through snow soft and deep.
Like murdering foxes, among helpless sheep
They slaughtered the house o' MacDonald

(chorus)

Some died in their beds at the hands of the foe
Some fled in the night, were lost in the snow.
Some lived to accuse him, what struck the first blow
But gone was the house of MacDonald

(chorus x2)