Thursday, November 15, 2012

Kehidupan Ringkas Tetapi Significant?

Hari baru di tahun baru =) mulakan dengan senyuman ... =)
 
Pagi ini saya terbaca satu artikel di Kosmo - penghijrahan seorang profesor ke kota Madinah lalu menemukan dgn blog pemiliknya - Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan - resume yang cukup hebat! Terpana membacanya - banyak pengalaman dan nasihat di dalamnya. Terdapat juga penulisan anaknya yang masih kecil - anaknya ada menulis yang ayahnya berpesan sekurang2nya dia kena menulis sebulan sekali.. bagusnya!
 
Bukan itu yang nak saya huraikan disini..tetapi keMALASan saya untuk meneruskan blog ini kembali menular! Itulah kalau sudah berhenti sehari , dua hari, tiga hari, lama-lama akan jadi tabiat! Blog ini bukan untuk sesiapa pun, ini lebih kepada bersifat catatan untuk kenangan peribadi sendiri sahaja pun. Kerana setiap hari ada sahaja benda baru yang kita pelajari dan lalui, kan sayang kalau dibiarkan begitu sahaja dlm hard disk memory?
 
Sebenarnya haritu fikiran saya terganggu dengan berita kematian tragis 3 beranak dalam kejadian kebakaran di Taiping itu. Mmg byk kisah2 seperti itu didada akhbar, tetapi entah kenapa kali ini berita itu sangat2 menarik perhatian..kesian pada anak2 yang ditinggalkn..beruntung mereka pergi sekali suami isteri..saya berkata pd suami, "mereka betul2 sehidup semati kan".. Jadi..tidak patutlah ketika ada orang sedang bersedih, kita pula sedang bersuka ria disini..aperpun Al Fatihah kepada mereka sekeluarga..
 
Ok, selamat menjalani kehidupan baru dengan erti kata yang lebih baik ya...saya sendiri mempunyai beberapa 'things-to-do' yang perlu disusun dengan lebih bagus, akhir kata, sebelum memulakan sesuatu perkara jangan lupa mulakan dengan Bismillah..Salam!
 
 

0 comments: