Monday, December 3, 2012

Macaroni Gratin (Penne)

 
 
Again, resipi diambil dari Bukan Sekadar Masakan. Thanks to Ros  Jintan Manis kerana sediakan step by step for beginner like me =)
Saya paste kan bahan-bahan dan cara membuatnya di sini ya
 
Makaroni Guratan@Gratin ( penne)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .com
 
Bahan-bahannya
Untuk White Souce
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)
1/2 cawan air
lada sulah
garam
 
Untuk Isi Guratan
1 piring kecil ayam goreng
1/2 pokok brokoli yang siap dicelur
1/4 batang carrot yang dihiris nipis dan dicelur
2 cawan makaroni penne yang siap direbus ( nak guna macaroni bentuk lain pun boleh, masa rebus makaroni ikut arahan pada paket ya)
sedikit parmesan cheese
sedikit hirisan kentang ( kentang ni tak perlu celur, kupas kulit luarnye dan hiris nipis je)
 
Untuk Taburan
dried pasley
sedikit mozarela cheese

 
Cara-caranya
1. Mula-mula, buat white sauce- menggunakan periuk kecil, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan masaka hingga agak pekat, baru masukkan lada sulah, sedikit parutan pamersan cheese, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air dan kacau sebati.

2. Satukan macaroni penne yang siap direbus dengan 1 sudu besar olive oil, garam dan sedikit lada sulah, gaul sebati, ambil bekas guratan sapukan keliling bekas atau acuan guratan tadi dengan butter, kemudian susun kan kentang di bawahnya.
3. Kemudian letakkan macaroni penne di atas lepisan kentang tadi.
4. taburkan atas macaroni dengan hirisan ayam goreng, brokoli dan hirisan carrot yang telah dicelur.
5. Curahkan white souce di atas bahan-bahan tadi.
6. Pastikan white souce menutupi keseluruhan isi gurantan.
7. taburkan dengan mozarela cheese.
8. akhir sekali topping pula dengan dried pasley.
9. Bakar pada suhu 180 ke 190 darjah selama 40 ke 50 minit ataupun sehingga permukaan guratan perang, Angkat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
 
My comments
Tepung boleh kurangkan lagi sket kalau taknak terlampau pekat, tp saya ikut seperti petua Ros, tambah air lagi.
Disebabkan tak ada Parmesan Cheese, saya just guna Mozzarela Cheese utk campuran white sauce and topping.
Macaroni and sauce mcm ada campuran serbuk hitam (tgk gambar kt bawah ni) sbb I'm using black pepper instead of white pepper
Lain-lain ikut sama mcm resepi di atas but next time untuk inti boleh campurkn mcm2 lagi bahan mcm tuna, ayam/daging hancur or turkey salami for the topping mcm pizza!
Hasil physically takla serupa mcm owner, of course lah, tangan yg buat lain2, hihi
 



 
 

4 comments:

hazawahida said...

hikmah di tempat orang..makin byk resepi dicuba :)

plain.dessert said...

Alhamdullilah :)
Tapi resepi simple2 je Haza

hazawahida said...

seronok lah hasan wife nya suka memasak. Tangkap lah gambar dalam rumah pulak. Dapur tempat memasak ke :)

plain.dessert said...

Tak la Haza, biasa2 je ni, basic duty je, hehe, jauh beza skills masak dgn ko...

Aish, aritu dh bg gambar rumah kan..tp masa first2 sampaila..hehe..skang dah serabut a bit :p