Thursday, June 13, 2013

Kelana Convoy | Day 1, London - Belgium - Holland

 
Hari pertama perjalanan 25/05/2014 dimulakan seawal 5.30 pagi bertolak dari Uxbridge menuju ke tempat berkumpul iaitu di Park Lane, London dengan menaiki kereta En.Fathullah bersama muatan kami yang masih 'single'. Haha, time nak pergi sleeping bag pun masih berada dlm luggage lagi. Half luggage okay, sleeping bag and winter coat ambik space :). Disebabkan hari minggu dan jalan masih lengang, kami antara peserta yang paling awal sampai disana. Oh ya, bukan kami berdua ja yang menaiki kereta Fath, tapi bersama tiga lagi peserta Kelana Convoy yang turut serta dalam espedisi ini (cheewah!) disebabkan mereka transit di Rumah Tamu London milik Fathullah.
 
Angin dan suhu sejuk yang hampir mencapai tahap beku dah bermula sejak 2,3 hari yang lepas walaupun ketika ini sepatutnya musim panas akan bermula. Kami telah diingatkan agar membawa baju sejuk bersama-sama kerana cuaca yang tidak menentu. Lega sangat rasanya bila dapat sampai di Park Lane sbb kami difahamkan bus tidak akan menunggu peserta yang lewat kerana mereka tidak mengamalkan 'janji melayu'! Opsss!!!
 
Trip KC kali ini adalah julung2 kalinya membawa peserta sebanyak tiga buah bus (selalunya 2 buah bus shj) dan jumlah peserta hampir mencecah 200 orang! Boleh bayangkan dengan muatan bag masing-masing dan bekalan makanan yang KC harus muatkan di dalam bus untuk sepanjang 16 hari perjalanan?
 
Tempat duduk sudah ditetapkan dan ianya bergantung pada rezeki anda, hehe. Kami tidak berpeluang untuk memiliki 'nice port' iaitu di tingkat atas untuk menikmati pemandangan tetapi tetap bersyukur kerana berada di sebelah kanan bus yang mana majority pemandangan menarik adalah disebelah itu! Jadi tidak usah gaduh2 ya, semua tempat KC dah tetapkan, redha aje lah hehehe.
 
 
 
Kami merentasi English Channel menerusi terowong khas yang dibina di bawah dasar laut dan masing-masing excited untuk melalui pengalaman tersebut! Yerla, tak dapat dibayangkan bagaimana ianya berfungsi kan, masa ni pelbagai speculation and theory keluar (hahaha, Nampak sgt first time and tak buat homework!). Saya akan membuat entry khas utk setiap pit stops untuk mengelakkn entry ini terlalu panjang.
 
Memasuki sempadan Negara France, kami disajikan dengan pemandangan menarik, kuning terbentang dikiri dan kanan jalan dipenuhi dengan bunga Cornola dimana ianya ditanam bertujuan untuk menghasikan minyak (seperti minyak Mazola jika di Malaysia). Bahang kecantikan alam semula jadi mula terasa dan keseronokan kembara sudah bermula!
 
(Cornola's image from Google)
 
Aktivity didalam bus dimulakan dengan sesi suaikenal para peserta dan diselang selikan dengan kuiz teka teki oleh coach leader kami iaitu En. Azizul dan dua crew pembantu yang sangat sporting dan kecoh iaitu Zul dan Mol, hehe.
 
Kemudian kami singgah sebentar di Kilang Chocolate Belgium sebagai destinasi pertama sebelum tiba di tapak perkhemahan Het Amsterdamse Bos, di Belanda akhirnya, Alhamdullilah...
 
Welcome to Netherlands!
 
Breakfast: Chocolate Chip Chinois
Lunch: Tuna Sandwich with Corn
Dinner: Rice Set from Bonda Restaurant
Pit Stops: Eurotunnel Le Shuttle & Belgium Chocolate Factory
Accommodation: Camping Het Amsterdamse Bos

2 comments:

hazawahida said...

Sungguh bertuah dapat merasa keindahan negara orang

plain.dessert said...

Alhamdullilah, dgn izinNYA haza..tak terduga pun
Insyaallah semua akan dpt merasa nanti :)