Thursday, June 13, 2013

Day 1 | Eurotunnel Le Shuttle


 
The Channel Tunnel is the longest undersea tunnel in the world. The section under the sea is 38km long. The three tunnels, each 50km long, were bored at an average 40m below the sea bed, and link Folkestone in Kent to Coquelles in Pas-de-Calais.
 
Inilah serba sedikit info mengenai euro tunnel yang kami lalui untuk menyeberangi Terusan Inggeris. Setiap kenderaan haruslah check in terlebih dahulu dan kena menanti giliran untuk mendapat tempat didalam train yang akan digunakan sebagai shuttle melalui tunnel tersebut. Keadaan agak sesak ketika itu sebab di UK, Bank Holiday atau public holiday sudah bermula, jadi ramailah yang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti. Sama pulak yeh mcm musim cuti sekolah di Malaysia kan :)
Sementara menanti giliran, para peserta dibenarkan turun untuk toilet break, menukar mata wang dan yang sewaktu dengannya kerana disitu terdapat seperti R&R area dan Mini Market. Jadi bolehla sesiapa yang ingin membuat persiapan terakhir seperti membeli adapter dan sebagainya.
 
 
Kemahiran parking sangat2 diperlukan ketika ingin memasuki gerabak kerana lorongnya agak sempit dan bersaiz 'muat-muat' sahaja, haha, entah bahasa apa yg digunakan nih!
There you go!
 
Tak perlu risau, dalam ni semua orang dibenarkan keluar dan boleh berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. Kalau nak duduk atas bus saja pun boleh. Telinga agak berdesing akibat dari tekanan dibawah sana. Jika anda ingin pergi ke toilet anda perlu melalui keseluruh gerabak kerana toilet terletak dihujung sekali, dang! Tunggu je sampai ke next stop okay, hehe

0 comments: