Tuesday, October 30, 2012

Deru Angin Sejuk Cowley!

 
Alhamdullilah, syukur syukur syukur, terima kasih Ya Allah kerana menggerakkn hatiku untuk bertemu dgn page yg sgt indah ini dikala ku mencari-cari sesuatu utk makanan hati... Actually slalu ternampak iluvislam.com ni di facebook rakan2 tetapi belum pernah officialy berkunjung ke laman tersebut. Aperpun masih belum terlambat rasanya. Lagipun saya baru shj berkecimpung secara separa aktif (buat masa ini) di laman muka buku itu. Semoa artikel disana memberi peringatan & ketenangan kepada kita semua..mudah-mudahan.
 
 
 
Dan sekadar berkongsi salah satu artikel untuk bacaan semua:
 


Setiap kali kita merasai deru angin..sejuk atau berbahang..adakah kita dapat mengingati bahawa adanya malaikat yang menggerakkan angin dengan izin Allah Swt? Siapakah namanye ye? Atau kita hanya yakin ia akibat tekanan rendah dan tekanan tinggi?

Setiap kali kita menjamu selera. Adakah kita teringatkan adanya malaikat pembawa rezeki? Siapa namanya ye? Atau kita angkuh dan bongkak.."ini semua hasil usahaku sendiri"..atau kita mencela makanan yg tidak disukai nafsu kita?

Setiap kali kita menerima hujan dan melihat awan komulusnimbus..adakah kita dapat ingat bahawa adanya malaikat pembawa hujan dan yang menggerakkan awan dgn izin Allah Swt? Siapa namanye ye? Atau kita ingat sejatan dan gumpalan air itu terjadi sendiri? Atau jangan jangan kita mencela mengeluh bahkan melaknat "aahhh spoil betul hujan pulak...rosak program..."...sahabat..hujan itu rahmat dan waktu mustajab berdoa...semoga kita berhenti mencela apabila hujan..

Setiap kali kita menaip status di fb ini. Adakah kita dapat ingat adanya malaikat yang mencatit segalanya sebagai amalan kita...mereka x pernah tidur atau terskip mencatitnya. Siapa nama mereka ye? Bahkan ada yang Maha Mengetahui yang tahu apa dlm isi hati niat kita.. Atau kita fikir..."aaahhh...ini wall aku...bukan korang punya nak kawal-kawal...aku punya suka lah"...sahabat..wall kita ke? Lepas kita mati kita ada kuasa tukar status status fb kita?..

Malaikatil Muqarrabin. Yer...Malaikat itu ada dalam rukun iman. IMAN kita sihat? Sains itu sunnatullah yang berkadaran pada suatu penetapan yang lazim. Kudratullah mengatasi segalanya.

Surah Qaf surah ke 50, ayat 18:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).


2 comments:

cikkartunkelamkabut said...

sangat menyetuh jiwa ye kak..t.kasih atas perkongsian..

plain.dessert said...

Salam Cik KartunKelamKabut (nick yg sungguh comelsss)

Nampaknya tidak berjaya nak post comment kat blog Cik Kartun..haha, kena tambah power spec kot? Later I try lagi ok...