Saturday, July 28, 2012

Tazkirah 7 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Suhaimi (JAIS)

Info mengenai Saidina Ali bin Abi Talib
*Beliau adalah Sepupu & Menantu Nabi
*Kanak-kanak pertama yg memasuki Islam
*Sahabat yang dijamin masuk Syurga
*Merupakan Panglima perang Nabi
*Saidina Ali telah turut serta berperang walaupun ketika matanya bengkak/sakit. Lalu Nabi meludah dan sembuh kerana ludah Nabi adalah mukjizat.
*Para Ibu boleh meletakkn ibu jari ke lelangit dan pusingkan tawaf sambil berselawat shifa'
3x utk bayi2 yang sakit kerana ludah kita adalah penawar segala penyakit.

1.Sesiapa yg tidak mendpt keampunan selepas Ramadhan maka celakalah
2.Jangan buat apa yang dilarang. Start hari ini, tegurlah apa yg dilarang, buat apa yg disuruh
3.Bawaklah diri ke Surau/Masjid utk menghindarkan kejahatan
4.Beramalah dgn Al-Quran & buat apa yang dibaca
5.Biar makan/pakai sedikit tetapi lebihkanlah beramal/istighfar/sedekah
6.Yang menyebabkn Taqwa itu terhalang adalah hati. Sebab itu adalah penting majlis ilmu
7.Sesiapa yg suka datang maka hatinya subur, manakala sesiapa yg tidak dtg maka hatinya sebenarnya sakit/mati.
8.Makruh suami melihat isteri dgn nafsu dibulan Ramadhan
9.Isteri akan menjadi bidadari utama diSyurga
10.Hati yang hidup ialah bila seronok berbicara tentang Syurga
11.Mintaklah Allah agak kita jgn dimasukkn kedlm Neraka dan bykkanlah bersedekah

Tanda Hati Mati
*Menafikan kebenaran Islam
*Menafikan Hak Allah SWT
*Secara berterusan melakukan maksiat/doa tanpa ada niat utk bertaubat
*Suka melihat orang lain ditimpa musibah
*Tidak mengamalkn Amal Makruf Nahi Munkar
*Biasa sahaja apabila berbicara tentang Neraka

SepertiDandelion ... Untuk Renungan

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah,
Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" -Imam Hasan al-Basri

Friday, July 27, 2012

Tazkirah 6 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Sapidin Amran

1.Ramadhan adalah bulan kemaafan/keberkatan/kasih sayang
2.Berpuasalah dgn penuh keimanan dan keikhlasan, Allah akan ampunkan dosa2nya
3.Jika diampunkan segala permasalahan kita akan selesai
4.Doa yang afdhal adalah:
  -Ketika berbuka puasa
  -Diantara Solat Sunat Tarawikh
5.Mintalah keampunan & keredhaan drpdNYA
6.Berapa ramai org yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 selain lapar & dahaga jika tidak menahan diri apa yg dilarang
7.Apa erti puasa jika kita berhasad dengki/fitnah/mengata org/menghina sedangkan iman kita sempurna jika kita menghargai saudara sepertimana mengasihi diri sendri
8.Hasad dengki akan memakan segala amalan2 baik kita
9.Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan menjadi petunjuk/panduan kehidupan sekalian manusia
  (Sila rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 183-185)
10.Al-Quranlah yg mendekatkan kita dgn Allah walaupun kita baru belajar
11.Semakin kita belajar, semakin byk sebenarnya yg kita tidak tahu. Tetapi org yg tidak membaca akan sentiasa merasakan diri mereka betul kerana mereka langsung tidak pernah membacanya
12.Dengan Islamlah yang telah menyelamatkan kita
    "Siap-siaplah kamu dengan bekalan, dan sebaik2 bekalan adalah Taqwa"
    Maksud Taqwa - Takut kepada Allah dan semakin menghampiriNYA
   - Redha dgn apa yg diberiNYA walaupun sedikit
13.Tazkirah adalah untuk orang yang mahu mendengar dan dituruti bagi mereka yang memahukan dan takutkan Allah
14.Satu hari jika kita dpt mendengar tazkirah adlah satu rahmah
15.Syaitan dirantai pada bulan puasa tetapi kita masih ada NAFSU
15.Nafsu ini hanya tunduk pada kelaparan. Ini dibuktikan dgn:
    -Allah telah bertanya kpd Nafsu:
    "Siapa Aku dan Siapa Engkau? Nafsu menjawab, Engkau adalah Engkau, dan Aku adalah Aku"
    Lalu Nafsu dipenjarakan didlm neraka dan ditanya kembali soalan yang sama sehingga tiga kali   dimasukkn kedlm neraka.
    Tetapi pd kali yg ketiga, Nafsu tidak diberi makanan dan ketika itulah baru Nafsu tunduk berkata:
   "Engkau adalah Tuhanku dan Aku adalah HambaMU"
16.Bacaan Tahlil disunatkan supaya dilafazkan dgn kuat

Info:Pusat Tahfiz yang dikendalikan oleh Ustaz jemputan.
www.TAHFIZKOMTAS.com

Thursday, July 26, 2012

Tazkirah 5 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Ariffin (JAIS)

"Barangsiapa yang menghadiri majlis ilmu dibulan Ramadhan, setiap langkah kakinya adalah
ibadah setahun"

1.Sesiapa yang menghidupkan sunnah Nabi ketika keadaan semakin sesat, ganjarannya adalah shahid
2.Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. Diantara hikmah bersahur:
  -Menguatkan Tenaga Badan
   "Walaupun meneguk seteguk air"
   Allah & Malaikat akan mengucapkan selawat keatas org yg bersahur
  -Bgn pd penghujung malam supaya kita dpt melakukan amalan2 sunat
3.Doa yang paling mustajab adalah
  -Pada penghujung malam yakni ketika bersahur
  -Pada setiap selepas solat fardhu
4.Isteri patut mengambil keberkatan dgn memasak/meghidang kepada suami
5.Ulama bersepakat waktu habis sahur adalah ketika masuknya waktu subuh
6.Aktiviti selepas bangun sahur:
  -Solat subuh berjemaah yakni seolah menghidupkan satu malam
  -Solat 2 rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari dunia dan isinya
  "Barangsiapa yg solat jemaah pd bulan Ramadhan, setiap rakaat itu dihidupkan kota yang penuh dgn kenikmatan"
7.Jika berpuasa tetapi tidak solat ataupun tetap menderhaka kepada suami, puasa sah  tetapi puasanya menjadi "kurus kering"
8.Bila ayah suami menyuruh menceraikan isteri, wajib cerai terutama apabila isteri sudah nusyuz
9.Apabila taatnya isteri itu & mengaku hak2 suami ganjarannya sgt besar. Kena bersabar
10.Perempuan yg berhias lebih-lebihan adalah haram manakala lelaki disunatkan memakai wangian
11.Perempuan yg dtg ke Surau/Masjid WAJIB menutup aurat nanti fadhilatnya tiada
12.Lalu dihadapan orang yg sedang solat adalah berdosa besar
    -Kena halang sekeras yang mungkin
    -Kalau lalu juga amalan tidak diterima

Wednesday, July 25, 2012

Tazkirah 4 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Amaluddin

"Berkatilah hidup kami di bulan Rejab & Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

1.Betapa besarnya kurniaan Allah pd kita
2.Masa diakhir2 zaman adalah sgt pantas
3.Ramadhan sangat bererti kepada orang yang beriman
4.Teruskan berdoa kerana pada masa ini ramai orang akan dijemputNYA
5.Dapat bertemu Ramadhan adalah suatu yang luar biasa. Jadi bagaimana utk menghargai Ramadhan?
6.Jika solat kita lakukan sbg yg terakhir, maka jadikanlah Ramadhan ini seolah yang terakhir juga
7.Ketika ini semua pintu2 syurga dibuka, segala amalan digandakan
8.Ramadhan adalah penghulu segala bulan yang ada kemuliaan padanya, ia adalah hadiah kepada umat Nabi Muhammad SAW
9.Pada setiap malam akan ada suara menyeru:
  "Wahai orang2 yang ingin membuat kebaikan, majulan ke depan"
10.Seringlah mendoakan sesama manusia

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah 3 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Najahuddin Lateh

"Islam itu datang dimulakan dgn asing dan ia akan kembali asing pada akhir zaman.
Maka beruntunglah orang-orang yang berada pada zaman itu"

1.Bergambar dengan khinzir itu tidak haram (boleh samak), begitu juga apabila menerima
daging khinzir dr non-muslim. Kita cuma tidak boleh makan dan boleh beri pada org non-muslim lain. Tetapi sebaliknya jika berurusan dgn riba'/rasuah/zina/bersentuhan dgn bukan muhrim.
2.Marilah sama2 kembali kepada nas Islam yang sebenarnya
3.Kita tidak sepatutnya terlalu fanatik dgn perkara-perkara yg kilafiah.
   Cthnya, Hukum wanita dlm haid utk hadir ke surau/masjid utk belajar agama.
4.Ada fatwa mengatakan halal/harus/makruh
5.DiRaudhotulFirdaus, diharuskn kerana surau adalah tempat terbaik untuk belajar ilmu Fardhu Ain
6.Solat Witir itu sangat-sangat digalakkn kerana fadhilatnya yang besar
7.Ianya boleh dilakukan dalam 3 Rakaat ataupun 2 Rakaat+1 Rakat
8.Seandainya sbg makmum kita tidak tahu dan tersalah niat, tidak mengapa. Boleh teruskn kerana kita mengikut Imam.
9.Begitu juga jika menjadi makmum kepada Imam yang solat musafir (JamakQasar)
10.Makmum boleh ikut tetapi kemudian slepas salam, bangun & teruskanlah utk 2 Rakaat lagi

Monday, July 23, 2012

Tazkirah 2 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Adlan Abdul Aziz

"Kepada mereka yg ingin melakukan kebaikan, Maka datanglah (Surau/Masjid)"

1.Biasanya ketika dibulan2 biasa, org tidak akan dpt mengaji/soalt sunat begitu lama.
Tetapi di bulan Ramadhan walauapa keadaan sekalipun, org tetap dtg solat sunat tarawikh
2.Seruan itu dtgnya dr hati
3.Lihatlah setiap perkara baik dan hargai/bersyukur walaupun perkara kecil
4.Jangan sesekali kamu memandang remeh perkara2 yg baik
5.Perbaikilah diri, jika terlintas ingin buat baik, terus lakukan
6.Bacalah Al-Quran walaupun tak faham maksud kerana setiap huruf yang dibaca ada ganjarannya
7.Org berpuasa yang tidak meninggalkn perbuatannya yg kotor/benda tak elok/bergaduh semua
ini mengurangkan pahala puasa
8.Programkan anak2 kita dgn amalan2 yang baik setiap hari dan malam (Cth:Jgn bukak TV yg
melalaikan)
9.Berbukalah dgn kurma yg segar, atau kurma yg kering atau seteguk air
10.Bersederhanalah mengikut kemampuan
11.Tahanlah dr membuat kejahatan
12.Semoga selepas Ramadhan kita akan menjadi orang yg lebih baik

Sunday, July 22, 2012

Tazkirah 1 Ramadhan

Penceramah: Ustaz Badrul Hisham


1.Marilah kita bersama memelihara "Rahmat" Allah dgn menunaikan perintahNYA
2.Kalaulah kita tahu apa yang ada pd bulan Ramadhan nescaya kita akan memohon utk Ramadahan sepanjang tahun
3.Rahmat terdapat pd 10 hari yang awal
4.Segala doa adalah mustajab dan diampunkan dosa-doa
5.Tazkirah adalah untuk menghidupkan/mencantikkan amalan Ramadhan
6.Ramadhan jika diterima segala amalan akan menjadi ahli syurga yang dirindui
7.Amalan diterima seandainya iman kita kuat tidak kira dimana

Friday, July 20, 2012

SepertiDandelion ...The Beginning

Salam Semua!
Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan dan ilham utk menulis.

First of all, why Dandelion? Kisahnya begini, suatu hari I tgk satu movie lama ni.. "Like A Dandelion Dust"..
Jalan ceritanya sgt menarik, & tanpa sedar I cried all the way while watching it! The story based line almost the same with ours. According to Word Web, Dandelion mempunyai bright beautiful yellow flowers (jadi bererti kegembiraan & kasih sayang) and followed by fluffy seed balls. Smp satu tahap, benih2 ini akan terbang mencari jalan, kebahagiaan dan kehidupannya sendiri. Begitu juga dgn putaran kehidupan, setiap insan mempunyai doa, impian dan harapan kan?

So! I decided nak used Dandelion as the url address for my own personal blog that launched on my three series birthday, hihi. And the starting of 1st Ramadhan. Mudah-mudahan dgn segala keberkatan yg ada, rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi kita semua.

Sekiranya ada tersalah bahasa, terlebih kata, mohon ampun dan maaf ya.
Kekurangan dan kelemahan adalah dtg drpd diri sendiri dan kebaikan adalah
limpahan rahmat Allah S.W.T.

Selamat Membaca!